Irama ong gedek..gedek..

Posted by Nazz@Purple | 8:07 AM | 3 comments »

Assalammualaikum,

Hujan lagi malam ini, tapi tidak lebat seperti hari-hari sebelumnya. Kedengaran di luar rumah, irama sang kodok yan sedang ber konsert agaknya.Bagi nazz irama tu tak sumbang tapi adalah irama yang menceriakan malam yang sepi.Irama sang kodok malam ini,bagai kan kunci yang membuka segala kenangan sewaktu nazz tinggal di kampung dahulu.

Ketika itu,nazz bersekolah dalam darjah3 dan tinggal bersama opah dan pak cik.Mak,Ayah dan adik2 yang lain tinggal di KL.Itu adalah pengalaman pertama nazz berpisah dengan Mak.Lama pula tu.Tapi pengalaman tu telah mengajar nazz untuk tabah bila berjauhan dengan keluarga sewaktu menuntut ilmu di Uitm Arau,Perlis.

Sewaktu di kampung,macam-macam permainan nazz telah cuba.Antaranya batu seremban,teng teng,rounders(betul ke eja nie),baling kasut,baling tin,main kejar-kejar,main masak-masak dan main bola pun ada. Itulah antara aktiviti budak-budak kampung pada ketika itu.Sekarang ini,jauh beza nya dengan dahulu kerana iada lagi budak-budak yang main macam permainan yang nazz main ketika itu.Mereka lebih suka main game di komputer,lepak di cyber cafe,chatting di internet dan sms siang malam.Jika ditanya pada sepupu nazz yang sebaya nazz ketika itu,rasanya mereka tidak pernah tahu pun pasal permainan baling kasut atau baling tin ini.Jika dahulu setiap hujung minggu je,itu la permainan nazz,bermain sampai kakak saudara dan makcik berpekik suruh balik.Bermain sampai terkoyak seluar.

Sewaktu itu juga,ada jiran yang menjual laksa.Harga 50 sen,60 sen dan RM1. Dia akan letak dalam plastik air dan letak straw.Sambil bermain pun kami boleh makan laksa. Tapi makcik dan opah marahsebabnya hari-hari hendak beli,tak ke mebazir namanya.

Sekolah nazz jauh dan perlu menaiki bas.Pak cik nazz adalah pengusaha bas sekolah, dan setiap hari naik bas dia. Bas dia adalah model lama lebih kurang macam bas mini warna merah jambu di KL suatu ketika dulu. Bas tu pakcik nazz dah jual untuk buat modal beli bas baru dan mengembangkan lagi perusahaan dia. Banyak kenangan dengan bas itu.Bas itu pernah rosak dan berasap dan kami terpaksa balik lewat dan tumpang bas sekolah lain. Nazz tidak akan lupa bas kawan pak cik, bas tu lebih kecil dari bas pakcik dan biasa la bas lama,semput-semput. Kami panggil bas itu,"bas joget"

Nazz dan sepupu mengaji dengan Arwah Opah Awe.Dia suka bercerita.Lepas mengaji mesti ada cerita. Dia juga sangat garang,dan nazz pernah menangis kene tengking sebab tak reti baca.Lepas tu nazz dah start malas-malas nak pergi mengaji.Opah selama ni manjakan nazz pun naik angin dan kena la seliang kene pukul. Pukulan yang ingin mengajar nazz jangan nakal sangat.

Suatu lagi yang pernah mendatang kan kemarahan makcik dan opah nazz ialah mandi sungai.Nazz suka sangat mandi sungai,kalau boleh hari-hari nak pergi. Masa tu tak da rasa malu lagi,belasah je mandi.Mandi sehingga lupa dah maghrib dan semesti nya balik kene marah.

Nazz sangat nakal dan asyik bermain sahaja sehingga pelajaran nazz merosot. Bila cuti sekolah,mak balik kampung pun tidak kenal anak sendiri sebab nazz sudah gelap ,selalu sangat main panas.Nazz bertahan setahun sahaja. Masuk darjah 4 nazz balik KL semula berpindah sekolah dan duduk dengan Mak dan Ayah semula. Sesungguhnya pengalaman menjadi budak kampung adalah kenangan yang terindah yang tidak akan nazz lupa sampai bila-bila.

P/s: Yeah..berjaya nazz tulis dengan penuh keskemaan..maaf le ayat tunggang langgang..niat di hati naz belajar jadi penulis.. :p MySpace ada bakat ke?







Pi Cherating..

Posted by Nazz@Purple | 5:34 AM | 4 comments »

Assalammualaikum..

Hi semua..atas permintaan silent reader sorang nie..nazz post la entry pasal pi cherating aritu..program TM SME solution gateway to Cherating.Dengan 2 bas staf TM bersama-sama staf dari Offisgate dan Starwing (customer TM)bertolak ke Kuantan petang jumaat 20 Nov 09 aritu..Tujuannya nak merapat kat hubungan antara staf TM dan customer..so senang la sikit nak dapt project baru tahun depan..

Program 3hari 2 mlm tu best sangat..ktorng melawat ke Komplek Stesen Satelit Kuantan dan Stesen Kabel Dasar Laut Cherating.Bnyak pengetahuan yg ktorng dapat kat situ...antaranya macam mane sebenarnya kabel dasar laut di pasang..nazz tak pandai la nak cerita blik...karang salah cite plak..

Selepas lawatan ada aktiviti team building dan dinner tema "LINEN NITE"..Team building tu buat petang..masa sangat singkat tapi enjoy sangat..dapat kenal2 ngan member baru.Dan sebenarnya,masa ni jgk la nazz dapat kenal dgn mereka2 yg selama hari ini berurusan dgn nazz hanya melalui email dan telefon je dan kenal muka pun..bila dah jumpa..oo baru tau..

Nak cite pasal dinner tu yg xbest..temanya LINEN NITE..dah tentu la kene pakai baju dari fabrik linen.So before pergi..nazz ngan member nie pi la shopping..ktorg conpius..kain linen ni cam ner sebenarnya..org kata malu bertanya sesat jln..so ktorng tanya la..mcm2 jawapan ktorng jumpa..bertmbah2 sesat jadinye..sudah nya..pakai je baju yg dibeli tak mengikut tema tu..huhuhu..

Mase dinner..mknan best..and karaoke2 sikit..huhuhu..wlaau yg menyanyi tu suara tak sedap langsung..(selamba je kutuk:p) ..xpe tahan je la..at least memeriahkan suasana..dan sudah semestinya hadiah2 dimenangi para2 customer..ok la tu je dapat kongsi kat sini..seterusnya biar gambar2 dibawah yg berbicara..


Kotak hati II

Posted by Nazz@Purple | 6:06 AM | 4 comments »

Mana agaknya Mr.chipsmore pegi..sibuk dgn kerja la tu..semalam plan nak kuar..dia nak tunjuk keta baru la tu..(baru ke?erm actually keta lama kategori antik..tp bru beli),tp xjadi kuar..last minute ade kerja urgent lak..mayb next time..erm perlu ke next time?Sampai bila? Setiap kali kitaorg jumpa..pasti merancang tuk pertemuan yg seterusnya..as long as..ktorng kwn je..xpe kan..

Mr. Coco..aku dah terbiasa dgn keadaan sekarang..aku dah terbiasa ikut rentak dia..aku dah terbiasa bersabar..aku dah terbiasa utk simpan semua emosi aku..asalkan dia bahagia..

Hujan..

Posted by Nazz@Purple | 1:38 AM | 3 comments »

Lebat sangat hujan hari ini,gelap macam dah malam...nak je nazz balik dah kul 5.30 pun..tapi takut jalan jam sangat..boleh sangkut sampat 1 jam lebih..caye tak?Padahal leh sampai dlm 30 minit je kalau tak jam..Keta dah la manual..tak sanggup ku redah..sakit kaki ooo...

Nak OT,keje tak banyak pulak hari nie..so ambil kesempatan update blog dan tunggu sekejap..kot2 jln dah reda..baru ar balik...Sepanjang minggu nie..Mr. Chipsmore bekerja dr umah je coz dia demam. So,sepanjang minggu ni rasa sunyi je..
Tak sangka demam dia melarat lama gak..biasa la budak degil..memang padan muka. Baru baik demam nak kuar jgk..pastu kene ujan..demam balik..dah demam balik tu boleh lagi dia ajak gi minum...ish..ish...tersangat la degil...pastu kat umah dok sorang2 tergigil..suh nazz anto pi klinik....mengada ar..tp rasa bersalah jgk sebenarnya...nazz tak tolong dia aritu..dah la dia demam sebab nazz :( .Cian dia kene gi klinik naik moto ngan tergigil-gigil...dia memang pandai buat orang rasa bersalah..jahat nya Nazz...:(

Mr. Coco pulak..sebagaimana mendung nya hujan hari ini..macam tu la..hubungan ktorg sekarang...nak kata gaduh tak gaduh..tp entah la..orang sibukkan..nak buat cam ner..siapa la kita pada dia kan..:(

Bacaan Wanita Sahaja

Posted by Nazz@Purple | 6:20 AM | 1 comments »

Hi semua..

Kenapa nazz nak buka topik ni?Erm..mayb sebab nazz sendiri dalam zone ni.Rasa sensitif sangat.Rasa nak nangis je..MySpaceasyik sedih je..MySpaceso artikel bawah ni membantu nazz mengenali diri..apa sebenarnya yg nazz dan perempuan2 alami.

Nak tau pe jadi bulan lepas..(kalo korang cakap xnak tau..nazz nak cite jgk :p) .

Masa tu beberapa before exam la..lepas kat office dapat kerja yg sangat2 la bnyak kene siapkan dalam masa sebulan..dengan syndrom pms emosi jadi semakin tak menentu.
Apa lagi,meletup la hari tu..tak pasal2 sorang minah nie call,tanya pasal kerja la..nazz marah2MySpace..membebel sampai dia tak leh cakap apa.Memang tak professional..tapi nazz tak boleh kawal masa tu..tp sememangnya dah lame bengang ngan minah tu..tak sangka haritu terluah segalanya..sekarang dia tak berani call nazz dah..email je..huhuhuhu..(tu la ko tanya soalan yg bukan kerja aku).

Dah rasa lain macam je..kalo terus stay kat opis..ramai lagi yg akan kene marah.Nazz cakap ngan boss nak blik.Boss kate nak balik gi amik mc..nak tak nak pegi la jmpa doctor nak minta mc..mase tunggu giliran tu..dalam kepala ni..dok reka apa nak dikelentong kat doktor ni tuk dpt mc..
Tapi masuk je bilik doktor..dia tanya..apa masalah awk?Huhuhuhu..terus nangis,MySpacesejujur jujur nya cite kat doktor tu,saya stress tolong la bagi pil tidor atau pil stress..mayb sebab saya pms..saya pun tak tau la..tadi saya dah marah2 orang..( nazz..xpenah marah dgn tinggi suara kat opis..so rase bersalah sgt..aritu)...

Doktor tu pun berkata..huhuhu..you nak tissu?tak cukup..i boleh bagi lagi..pastu dia tanya..dah kawin?umur berapa?..so nazz jawap la seadanya...

Dan doktor tu pun start la berceramah dekat nazz..nazz harap sesiapa yg alami masalah ys sama mcm nazz...selalu rase tak tentu arah asyik nak menangis..tak pasal2 nak marah2...sensitif giler ar...Pikir2 kan pe doktor ni ckap..

MySpaceYou still young,long time to go..bnyak masa lagi awak nak tempuh..sy tak nak dgr excuse..awk marah sebab ni la...sebab tu la..jgn jadi kan stress sebagai alasn..awk kene kuat..awk kene lawan emosi tu..ok..nanti kalo dah kawin dah ade anak mcam mana..anak nangis awk nak marah ke..mak mertua minta kopi..awk nak marah ke..awm kene kuat..lawan emosi negatif tu..

Tu la antara leteran doktor tu..(malu beb)..tapi berharga pesan tu..nazz cuba untuk lawan emosi buruk nie..so penyudahnya dia bagi pil tidur 2 biji utk nazz blik tidur hari tu..dia tak boleh bg bnyak..coz tak nak nazz bergantung pada pil plak..then..dpt mc:)..and some pil ..dia kata boleh menstabil kan hormon dan elok jgk untuk melegakan sengugut..huhuhu..bfore kuar dr bilik dr. tu..sempat gi dia ckp..cepat2 la kawin...nanti ok la ..yo ko?

Harap ade geng nak kongsi cerita pasal ni..kite boleh mengenali diri kite siapa sebenarnya..perempuan ni kan unik penuh dgn keistimewaan..tak de la rasa macam sorang2 je rasa perangai pelik ni..:(

Ok..daa..MySpace

PMS

Posted by Nazz@Purple | 5:41 AM | 0 comments »

Apakah itu Sindrom Sebelum Haid?

Sindrom sebelum haid (Prahaid) atau PMS merupakan rangkaian 3 gejala iaitu dari segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi yang berlaku sebelum datangnya haid.
Ianya terjadi di antara 7-14 hari sebelum datang haid dan akan hilang apabila haid bermula. Penyebab sindrom ini ialah ketidakstabilan hormon iaitu hormon estrogen sebelum ketibaan haid .

Mengenali Gejala PMS


-Kemurungan
-Sakit Kepala
-Penambahan beratbadan/mengidam
-Kerengsaan atau tidak berupaya untuk memberi tumpuan
-Pembendungan cecair dan kembung perut
-Keresahan/ketegangan
-Kelesuan/Loya

Perhatian:


Catatkan di dalam carta haid segala gejala atau perubahan di atas apabila ianya berlaku.Perhatikan sama ada:
• Gejala-gejala itu berlaku 14 hari sebelum datangnya haid.
• Gejala itu menjadi semakin serius dalam masa 7 hari atau sebelum haid.
• Anda merasa lega apabila haid bermula.

Penjagaan Sendiri

Amalkan :

SENAMAN: Tiga kali seminggu, 20 - 30 minit bagi setiap sesi. Anda boleh memilih untuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, atau bersenamrobik. Aktiviti ini boleh membantu mengendurkan otot-otot anda dan mengurangkan air dalam badan anda.

BEREHAT: Tarik nafas sedalam-dalamnya. Mandi dengan air suam.
TIDUR: Bagi sesetengah kes, PMS membuatkan anda tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Jika ini berlaku, dapatkan kesempatan untuk tidur di waktu-waktu lain.

PAKAIAN: Gunakan pakaian dalam yang diperbuat dari kapas terutamanya apabila buah dada anda terasa sakit.

PEMAKANAN: Kurangkan pengambilan garam. Ini akan dapat mengurangkan kembung.

KAWAL: Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makan 5 hingga 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit menggantikan pengambilan 3 kali sehari dalam kuantiti yang banyak. Sertakan vitamin tambahan, terutamanya vitamin B6 & E, dan zat-zat mineral, seperti kalsium dan magnesium dalam pemakanan anda. Minum air secukupnya.
Jangan Mengamalkan:

TEKANAN: Elakkan dari tekanan emosi semasa menghadapi PMS

TIDAK PERLU: Mengidam terhadap makanan tertentu

TABIAT: Merokok, mengambil alkohol, memakai pakaian yang ketat.

Bagaimana mengawal secara perubatan:

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh diambil untuk mengurangkan sebahagian dari gejala-gejala PMS, antaranya:
• Aldactone, pil ini diberi untuk mengurangkan pembendungan cecair dalam badan.
• Progesteron, merupakan hormon yang diambil secara oral (melalui mulut)
• Ubat penahan sakit, contohnya parasetamol atau asid salisilik.
• Minyak Evening Primose sebanyak 1500 mg sehari juga boleh membantu dalam beberapa kes PMS dengan cara mengurangkan gejala-gejala perubahan mood, kerengsaan (mudah meradang dan sebagainya) dan kemurungan.
• Vitamin E sebanyak 600 IU sehari boleh mengurangkan kesensitifan payu dara.
Dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.


Sumber: http://www.infosihat.gov.my/

Final exam..

Posted by Nazz@Purple | 9:14 AM | 6 comments »

Assalammualaikum semua..

Lamanya tak update,tapi nazz masih jenguk2 gak blog bersawang ni dan blog follower2 yg lain..(ayat cam nak bodek..)..Akhirnya berjaya juga menukar wajar dengan penampilan yang agak berbeza dari biasa..cantik ke tidak tak penting..janji berwajah baru.. (ayat nak sedap kat ati sendiri)

Perkembangan terbaru..erm..baru je habis exam paper yg ke-2 petang tadi...start 28hb aritu..last paper..3 nov ni..doakan nazz lulus semua ek...(ketaqnya nak exam...tp sempat gak update blog :p)
Nak tak nak,nazz terpaksa amik cuti tanpa gaji selama 4 hari..sebabnya cuti dah abis..
MySpace..ala kontrak staff mane de cuti bnyak2..nasib le..(boss..bila nak permanent ni..? :( ) . Sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab dan komitment terhadap tugas...(nak bodek boss sebenarnya)..walau pun cuti, dari rumah still lagi buka email kerja..mak ai..beratus emailnya..balik opis nanti..bersiap sedia la ..(bermula la kembali rutin pergi gelap..blik umah pon dah gelap..)..dan bulan depan kene jimat2...name pon cuti tanpa gaji...argh...tak leh nak shopping...MySpace

Ok la..masa untuk tidur..
MySpace tu je la update nye...