Wednesday, July 7, 2010

Tukar Hak Milik Kenderaan(Update)

Sebelum ni kan nazz ade buka topik pasal tukar hak milik kenderaan kat sini ..Siapa eh Anonymous yg tanya dokumen ape nak bw mase tukar nama hak milik kenderaan tu..huhuhu..xpe..nazz buka 1 entry khas utk dikongsi bersama..dulu nazz pun tak tau..search la google dan tanya org2 yg berpengalaman... macam version ada..apa pun alhamdulillah setel jgk..tak la sesusah mana pun..

Ok untuk tukar hak milik kereta,kenderaan itu perlu memalui pemeriksaan Puspakom dulu.Senang je prosedur dia..amik borang,isi dan bayar RM30 dan ikut je la check point2 yg dorang tentukan utk buat pemeriksaan.Lepas tu akan dapat satu Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM baru boleh pergi tukar nama dekat JPJ.Ok untuk maklumat lanjut..sila layari
http://www.puspakom.com.my/


Proses tukar hak milik kenderaan bagi pemilik yg telah Meninggal Dunia

1.2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009);
2.2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka);
3.Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
4.Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
5.Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil);
6.Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
1.Perintah Mahkamah; atau
2.Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau
3.Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau
4.Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;
7.Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa.

Bawa la jgk geran kereta ngan polisi insuran sekali..

Utk maklumat lanjut dan untuk download dokumen2 yg berkenaan korang leh ke web site JPJ ni eh. .KLIK SINI

Satu lagi pasal insuran.Korang kena pastikan insuran mesti telah ditukar kepada pemilik yang baru.Maksudnya insuran simati dibatalkan dan korang beli insuran baru atas nama korang sendiri kalau nak tukar hak milik kereta tu jadi korang punya tau..So ada baiknya kalau buat tukar nama ni nak dekat2 tamat tempoh road tax ngan insuran simati.

Tu je yg dapat nazz kongsi kan..bleh paham ke?huhuhu..utk maklumat lanjut...sila layari laman web
JPJ..Tq.daaa...

14 comments:

nigina said...

nasib baik nazz buka n3 nie.. akak pun tgh tunggu dari someone .. nak cari owner baru yang pakai keta lama akak.. dia tak tukar nama akak.. ada orang perodua tu tipu akak .. dia tak tukar nama.. lepas tu dia jual terus kat used car .. sampaikan used car tu jualkat owner baru.. dia still tak tukar nama.. nasib baik akak dulu pernah keje kat jpj.. tahulah serba sedikit.. ni kalau tak jumpa akak kena pi jpj balik.. blok kan roadtax keta lama akak.. yang si owner baru tu pun ntah kemana.. bengang giler akak hari isnin haritu..

naz said...

faham :)
kacang je kot haha nak buat nya je malas kot

Anonymous said...

saya ada problem psl tukar hak milik kete nie..saya baru je beli kete 2nd dari mudah.com orang punye la..boleh dikatakan saya nie ditipu oleh orang tu time saya beli keta tu dia cakap bagi cash dulu dan bawa keta..tukar nama tunggu owner sebenar balik dari singapore tapi smpi skrg xde cerita..setelah setahun saya pakai kete tu tiba2 je owner sebenar kol saya marah2 mau buat report polis yg keta tu dijual tanpa pengetahuan dia..mcm mana nak settel kan problem aku nie adakah dgn cara menukar hak milik kenderaan melalui "runner" cara terbaik utk mempastikan owner sebenar x dpt ambil balik kete tersebut..someone please help me..rm20k tu..

Nazz@Purple said...

@Anonymous: serius punya masalah tu..dah kira kes tipu la ni..buat la report polis dulu..cerita hl sebenar..kiranya owner sebenar dan awk sendiri dh kene tipu kan..wat la report polis..tak tau nak cadangkan pe lagi.

nurulafida said...

sorry saya nak tanya. mana yg perlu dibuat dulu...check kereta kat puspakom atau tukar nama insurans dulu? confuse lah

Nazz@Purple said...

Nurul,

Tak kisah mane dulu,cek kat puspakom atau tukar nama insuran dulu..tapi yg pasti..dua2 tu awak kene buat sebelum pegi JPJ tuk proses pertukaran hak milik geran..

Ummu Hani' said...
This comment has been removed by the author.
merryya said...

sy br nk tukar name kereta dr name makcik sy kepada name sy, masalah dia di muar, sy di kedah. lepas tu sy nk renew roadtax jalan, bole terus letak name saye ker di insuran baru sbb org yg buat insuran tu suruh renew lesen dgn name owner lame...

Nazz@Purple said...

To merryya: kalau dah nak dekat2 pergi tukar nama tu..memang kene renew insuran atas nama kita jgk..pastu bru gi submit borang kat JPJ dia tgk insuran dh update..baru boleh tukar nama..aritu nazz wat pada hari yg sama..nasib baik agen insuran tu depan JPJ je..

merryya said...

ok tq nazz for the info, rase2 bengang gak lah, hr tuh ade agent nie ckp leh tukar kan name tuk insuran, td amik insuran n road tax tuh masih owner lame, tggu taun depan jelah

saL.adyZa said...

nk tnya,

katalah A ada keta dh habis byr. skrg keta A tu B guna. bole ke B jual kereta tu tnpa pengetahun A? hal-hal claim insurance ke apa, bole ke B settlekn tanpa A ada sama?

tq.

Ismail said...

Cek kat puspakom sy dh fhm, cuma tukar nama insuran tu utk apa? Buat kt mn? Thanks

bards said...

Saya ade masalah dgn owner baru..da jual kete tapi smp skang die tak g tukar nama..mgkin ke akan jd masalh bsar pada sy.ane la tahu dia pakai kete tu wat merompak ke...cmne nak seetelkan.

Nazz@Purple said...

To Ismail: Buat kat mana2 agen insuran kereta..kurnia ke..takaful ikhlas ke..atau ape2 je..kalau kereta nak tukar kepada hak milik kita..so insuran kereta perlu lah atas nama kita bukan nama pemilik lama..

To bards: Bukan bila kita jual kereta dekat orang..kita dengan owner baru kene same2 pi JPJ wat tukar nama ke..so mcm mana insuran dia..atas nama awk ke..nama dia? Yg terbaik ,bawa dia sama2 dengan awk pi JPJ tukar nama tau;)

 

Template blogger dihasilkan oleh alif ismail