Tuesday, December 20, 2011

Gangguan Seksual?

SMS yang dihantar antara pukul 12.50 a.m ke 1.10 a.m. SMS dihantar oleh seorang yang nazz tidak pernah berbual mesra atau kenal rapat. Lebih mengejut orang itu adalah salah seorang rakan sekerja di pejabat. Lebih super duper terkejut lagi orang itu tua..dan dipercayai telah berkeluarga. Ini gangguan seksual kan? Buat masa ini nazz hanya bercerita pada kawan yang dipercayai. Nazz tidak laporkan pada bos lagi. Sebab bila difikirkan, kita nak kerja lama dekat situ..orang tu kt jumpa selalu di pejabat. Kalau nazz besar-besarkan cerita ni dengan buat laporan bukan ke akan mengaibkan dia. Kalau nazz cerita pada bos..bos mesti terkejut punya lah..sebab tak de sesiapa akan sangka orang ini sebegitu. Tapi bila dibiarkan semakin tidak selesa. Ya, nazz boleh tukar nombor hp yang baru utk mengelakkn dari terima sms pelik tu. Tapi macam mana nak stop orang itu dari lalu dekat sebelah meja kerja nazz dan pandang-pandang. Rasa jijik lagi geli sangat..tak kan nak laporkan pd bos dan minta bos warning jangan lagi orang tu lalu kat tepi meja nazz..dan jangan pandang muka nazz...boleh cam tu?? Mesti kata nazz sensitif sgt..takkan pandang pun tak boleh. OF COZ la tak bolehkan..kalau pandangan tu dr orang yang hantar SMS tiba-tiba tgh2 mlm..tak ke pelik?

Setakat usikan2 miang dan lawak2 bodoh dri beberapa org budak kat pejabat tu..nazz tak kisah sgt..sebab boleh tau dorang tu sekadar bergurau dan sekadar nak menceriakan pejabat tu je..dan nazz tak pernah nak ambil serius atau ambil hati sgt..

Tapi kalau seseorang yg kita tak pernah nak sembang2..kalau bercakap pun cuma sepatah dua atas urusan kerja..tiba-tiba hantar sms tgh2 malam..adalah sgt menakutkan. Apa yang nazz perlu buat? Nazz boleh hentikan sms tu dg tukar nombor hp baru mungkin..tp pandangan2..tu macam mana nak stop..?????

Sms2 itu masih nazz simpan..nazz tidak pernah reply langsung sms tu. Dan sejak dr hari nazz terima sms tu nazz langsung tak nak tgk muka dia dan cakap dgn dia walau atas urusan kerja. Nazz tunggu dia balik atau tidak ada dekat tempat dia baru nazz letak kan dokumen yg perlu nazz hantar pada dia. Kadang kala nampak sgt dia mencari alasan untuk tegur nazz. Cth tanya soalan yg sudah dia tahu..atau konon bagi tau..baju(sweater) yg disangkut dekat kerusi nazz tu terjatuh..Dan sejak dari hr terima sms pelik tu.. nazz akan jawap sepatah je kalau dia cuba tgeur nazz dan nazz tidak pandang muka dia. Giler kan orang ni tak rasa bersalah lagi tidak malu ke..dah la hantar msg pelik2 tgh2 mlm..konon nak ckp baik2 plak..

Antara sms yg menggelikan " Subhanallah......tiba2 ingat u......selamat malam. "


Gilerrr ke pe ko ni?????

8 comments:

PUANSTOBERI said...

Buat masa ni Nazz simpan dulu SMS dia. kalo keterlaluan sgt, smpai ada SMS berunsur lucah dan kerap dihantar pada NAzz, mmg kena report pada boss.

So, skang ni Nazz try jauh kan diri dari dia, dan buat tatau. Sbb kalo kita bagi respond (even respond yg negative - tunjuk tak sker pun) dia akan trus ganggu.

Tp kalo kita buat tatau je, lelama dia fed up lah.

Apa2 pun, berhati2 - jgn bagi dia peluang duduk berdua ngan Nazz

FaizalSulaiman said...

nazz kalau tak selesa boleh report terus la naz.susa nak keja camni.tp nanti takut dia manipulate cakap 'alah takde pape pun'

Nazz@Purple said...

To PUANSTOBERI: Tq kak. memang nazz takut nak reply..kalo reply..msti dia lg suka ade respond..

To faizal:Tq faizal..memang nazz nak report..tp mulut ni berat sgt nak cerita kat bos..insyaallah ade kekuatan nazz akan bg tau jgk..

atty's said...

kalau kty jadik nazz..pun terpk..mesti org ni giler..
jgn dilayan nazz..buat derk je

Miz Jac said...

uuuu.. org pun penah melalui.. memang eeewwweee n menyeramkan!!! lebih2 lagi bile mengenangkan anak baya2 kite.. memang langkah terbaik adalah buat tak tahu, jgn layan sms/email n bercakap bile perlu jer.. lama2 nanti die akan slow down n stop.. take care dior! ^^

Aisumi Chan Kawa'i said...

benda yg leby kurang sama jdi kat sumi.. tapi bukan kat tempat kerja.. org tu ayah n mami kenal.. sumi report kat diorang.. then lepas dari tu takde gangguan dah :)

ahsfantasy24 said...

Ngerinya naz. Jangan delete dulu sms
tu, tak payah balas. kalau berterusan, buat laporan je. orang miang ni takleh biar ~

Nazz@Purple said...

To atty's :memang buat derk je ni kak..tp tak reti2 bahase org ni..

To Miz Jac: ok jac..tq..

To Aisumi Chan Kawa'i: erm nazz pun nak kene report nanti..kalo dia smkin melampau..

To ahsfantasy24 : ni bkn miang..tp psiko..kot..huhuhu

 

Template blogger dihasilkan oleh alif ismail